Tarikh Pengumuman Pemberian Dividen KWSP 2022 Bagi Tahun Kewangan 2021

Pada setiap tahun , pemberian dividen kwsp akan diberikan kepada ahli pencarum berdasarkan majikan membayar caruman bagi tempoh yang telah ditetapkan. Penyata tahunana 2021 akan menunjukan bahawa caruman 01/2021 termasuk (pemotongan gaji/gaji bagi disember 2020) sehingga caruman 12/2021 termasuk (pemotongan gaji/gaji bagi november 2021).


Jika anda mempunyai rekod caruman yang teratur , anda boleh membuat aduan pada kaunter KWSP yang berdekatan dengan tempat tinggal.

Berikut adalah info lanjut mengenai pemberian dividen KWSP 2022 bagi kewangan tahun 2021.

TARIKH PENGUMUMAN KWSP

Melalui informasi sahih daripada platform facebook rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangkakan mengisytiharkan kadar dividen tahun 2021 iaitu pada awal suku pertama tahun 2022 (Pertengahan atapun hujung bulan Februari dan Mac).

Untuk semua ahli caruman akan dimaklumkan melalui media semasa berkenaan pemberian dividen kwsp 2022 .

DIVIDEN TAHUN 2021 BAGI KEWANGAN 2020

Seperti yang kita lihat pada 27 Februari 2021 , pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengugumkan bahawa pemberian dividen sehingga 5.2% dan jumlah agihan adalah sebanyak RM42.8 bilion untuk simpanan Konvensional dan 4.9% bagi simpanan Shariah dengan agihan adalah sebanyak RM4.76 bilion.

Pada umumnya ramai dikalangan ahli pencarum yang teruja dengan KWSP yang telah membuat presatsi yang memberangsangkan bagi tahun 2020 walaupun melalui fasa pandemik yang teruk iaitu penularan Covid-19. 

PERINCIAN DIVIDEN KWSP

Di bawah akta KWSP 1991 , Seksyen 7 , jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli.

Oleh itu , ahli KWSP akan diberikan jaminan untuk menerima kadar dividen seminimun itu.

Maklumat tambahan , kadar dividen simpanan Syariah KWSP adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah serta tiada jaminan kadar dividen minimum ini.

CARA SEMAK DIVIDEN KWSP

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan dividen KWSP :

  • Layari laman web potal rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/home
  • Klik login
  • Masukkan kata id dan kata laluan i-Akaun anda
  • Klik view details pada bahagian Dividend 
  • Perincian Dividen akan dipaparkan

APLIKASI I-AKAUN

Selain anda layari laman web rasmi KWSP , i-Akaun juga boleh akses dengan lebih pantas dan mudah menerusi :

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pemberian dividen KWSP 2022 , anda boleh terus hubungi di talian hotline 03- 8922 6000 .

1 Comment

  1. Hadoiui March 11, 2022 at 6:08 pm

    Hakrakyat25
    March 11, 2022 at 10:03 AM
    Pakat la… Majikan tak yah carum lagi Kat KWSP nie… Kata untuk rakyat bila masa terdesak!!! Nie buat tak tau… Jerr…. caruman KWSP yang dipotong oleh majikan… Tak yah bayar kat KWSP bayar jerr terus pada pekerja yang memerlukan… Kalau sebulan RM230 pun… Banyak boleh selesaikan… Lainlah ada subsidi utiliti kerajaan tanggung…. Nie tak bayar kena potong…. Nak makan pun tak cukup…. Menitis air mata pandang anak anak makan nasi… Lauk megi…

    Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *