Permohonan Bantuan Kewangan Kuarantin RM100 Sehari Bagi Penerima Yang Layak ~ Mohon Sekarang !

 

Untuk pengetahuan anda semua , NADMA adalah merupakan sebuah Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri yang bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik. Jika anda pernah dijangkiti wabak tersebut dan mendapatkan rawatan , anda boleh membuat sokongan menerusi NADMA secara sekali sahaja.


Cara yang anda boleh mohon pembiayaan NADMA kami akan memberikan penjelasan lebih mendalam untuk membuat permohonan bantuan kuarantin RM100.

BANTUAN KUARANTIN NADMA

Bantuan sebanyak RM100 sehari ini akan diberikan kepada individu yang menjalani kuarantin di wad hospital yang telah dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi rawatan Covid-19.

Bantuan kewangan ini akan diberikan sebanyak RM100 untuk sehari selama 14 hari . Pembayaran ini akan dilaksankaan secara one-off kepada penerima yang layak.

Perhatian !

Individu yang layak menerima bantuan kuarantin hanya sekali sahaja , Sekiranya anda menerima kes yang berulang anda tidak layak untuk menerima bantuan kuarantin.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh NADMA untuk bantuan kuarantin :

  • Warganegara Malaysia
  • Bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau
  • Tidak diberikan gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19

PEMOHON YANG TIDAK LAYAK

Berikut merupakan pemohon yang tidak layak untuk membuat permohonan bantuan kuarantin NADMA :

  • Bukan warganegara Malaysia
  • Tiada pekerjaan sebelum menerima Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  • Menerima gaji semasa dalam tempoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatin yang menjalani rawatan di wad hospital 

CARA MOHON

1. Permohonan ini boleh dibuat melalui laman web rasmi di 

2. Sekiranya permohonan lengkap anda perlu pos ke NADMA di alamat :
Ketua Pengarah 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7 , Blok D5 , Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
52502 PUTRAJAYA

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Sebelum anda membuat permohonan , anda perlu menyediakan dokumen – dokumen yang diperlukan seperti :

  • Borang permohonan Bantuan Khas Covid-19 seperti di Lampiran A (dokumen asal)
  • Salinan kad pengenalan (Salinan Diakui Sah)
  • Dokumen KKM (Salinan borang dikenakan perintah pengawasan dan pemerhatian kontak Covid-19)
  • Borang akuan kehilangan pendapatan seperti di Lampiran B
  • Salinan penyata bank / muka depan buku akuan (salinan diakui sah)

SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS COVID-19

CARA PEMBAYARAN

Kaedah pembayaran bantuan kuarantin ini akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) untuk penerima yang layak dalam masa tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

MAKLUMAT TAMBAHAN

NADMA berhak untuk membuat keputusan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang telah dikemukakan ataupun menolak permohonan yang tidak menepasti syarat – syarat diperlukan.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *