BKM Fasa 1 : Semakan Tarikh Bayaran & Status Permohonan Bagi Bulan Mac 2022

 

Seperti yang kita tahu , pada bulan lepas iaitu bulan Januari merupakan permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang telah dibuka bermula 1 Januari sehinnga 31 Januari 2022. Buat masa sekarang anda hanya boleh membuat semakan status kelulusan sahaja sama ada anda lulus atau tidak. 


Semakan status kelulusan ini boleh dibuat melalui laman web portal rasmi di http://bkm.hasil.gov.my/

JUMLAH BANTUAN BKM

Berikut adalah merupakan jumlah bantuan yang akan dilaksanakan mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti berikut : 

Jumlah maksimum bantuan BKM adalah sebanyak 

  • RM2000
Tetapi kerajaan telah menambah baik dimana bantuan tambahan BKM sebanyak RM500 akan disalurkan kepada penerima yang layak bagi mengikut kategori.
  • Penerima isi rumah yang berstatus ibu bapa tunggal yang mempunyai anak dengan menepati syarat akan menerima Bantuan Tambahan RM500 
  • Penerima isi rumah berstatus warga emas akan menerima Bantuan Tambahan RM300

TARIKH BAYARAN BKM

Pembayaran BKM 2022 ini akan dilaksanakan sebanyak 4 kali dalam tahun ini. Pembayaran bagi BKM Fasa 1 dijangkakan dilaksanakan bermula Mac 2022 ini . Walaubagaimanapun , tarikh rasmi belum dikeluarkan lagi untuk mengetahui tanggal yang akan dilaksanakan pada bulan Mac.

CARA PEMBAYARAN

Di bawah kami akan kongsikan cara pembayaran yang akan dilaksanakan bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 :

1. Penerima mempunyai akaun bank & berjaya kredit

  • Pembayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan
2. Penerima mempunyai akaun bank tetapi gagal kredit
  • Penerima boleh membuat tuntutan secara tunai melalui kaunter BSN yang berdekatan dengan tempat tinggal anda
3. Penerima yang tidak mempunyai akaun bank
  • Boleh membaut tuntutan secara tunai melalui cawangan BSN

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *