Bantuan Tambahan Kewangan Sebanyak RM500 Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan sebuah insentif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan.


Bantuan ini adalah merupakan insentif tahunan yang akan diberikan kepada rakyat yang kurang berkemampuan untuk meringankan beban mereka dalam menuruskan kelangsungan hidup.

PERINCIAN BKM

Bantuan Keluarga Malaysia ataupun dikenali sebagai BKM merupakan insentif telah menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) , Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Tujuan bagi keempat bantuan seperti di atas adalah sama iaitu untuk sentiasa meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan. Dalam insentif yang disediakan terdapat perbezaan iaitu dari segi jumlah bsntusn , syarat kelayakan dan nama.

Untuk tahun 2022 ini , Bantuan yang dinanti nantikan oleh rakyat untuj perlaksanaan pembayaran adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

BANTUAN TAMBAHAN

Berita baik kepada anda semua , kerajaan telah menyediakan bantuan tambahan melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) . Oleh itu , rakyat yang lulus dalam membuat permohonan bakal menerima bantuan tambahan.

Jika anda lulus dalam menerima bantuan BKM , anda bakal menerima bantuan tambahan sekiranya anda layak dengan tanpa membuat sebarabg permohonan setekah kategori yang telah ditetapkan.

Anda juga boleh membuat semakan kelayakan secara automatik bersama melalui laman web portal rasmi BKM.

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan Bantuan Tambahan BKM yang telah ditetapkan oleh kerajaan :

  • Merupakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Jika anda merupakan penerima BKM, Syarat tambahan untuk bantuan tambahan adalah seperti berikut :

  • Kategori isi rumah berstatus ibu ataupun bapa tunggal yang mempunyai anak dengan menepati syarat
  • Isi rumah berstatus warga emas

JUMLAH BANTUAN BKM

Seperti yang kita tahu , jumlah bantuan maksimum bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM ) adalah sebanyak 
  • RM2,000
Bagi penerima BantuanTambahan adalah seperti berikut :
  • Kategori isi rumah berstatus ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak dengan menepati syarat akan menerima bantuan sebanyak RM500
  • Kategori isi rumah berstatus warga emas akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM300
Secara keseluruhannya , Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan diberikan sebanyak RM2,500 sudah termasuk termasuk bantuan tambahan yang telah disediakan oleh kerajaan.

TARIKH PEMBAYARAN

Buat masa sekarang , untuk tarikh rasmi pembayaran belum dikeluarkan oleh kerajaan untuk insentif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Walaubagaimanapun , pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini dijangkakan dilaksanakan pada bulan Mac 2022 ini.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *