Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Dengan Mendapatkan Subsidi Sehingga RM20,000

Berita baik kepada anda semua kerana kerajaan telah menawarkan bantuan ataupun subsidi dalam membina rumah bagi atas nama sendiri dengan jumlah subsidi yang bakal diterima sebanyak RM20,000.


Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah merupakan sebuah syarikat pembangunan perumahan negara yang telah dimiliki oleh Kementerian Kewangan sejak pada tahun 1997 lepas. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah salah satu bidang kuasa di bawah Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).

PERINCIAN RUMAH MESRA RAKYAT

Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini diperkenalkan adalah untuk sentiasa membantu bagi golongan yang berpendapatan rendah yang sama sekali tidak mempunyai rumah sendiri ataupun tinggal rumah usang tetapi mempunyai tanah persendirian yang boleh membina rumah sendiri dengan selesa.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon adalah merupakan yang tidak mempunyai rumah sendiri atau tinggal di rumah yang usang
  • Pastikan tapak tanah bebas daripada gadaian ataupun memberikan beban ke atasnya
  • Jika pemohon bukan pemilik tanah , pemohon perlu meminta keizinan daripada pemilik tanah
  • Keluasan tapak tanah adalah tidak kurang daripada 3,600 kps

CIRI-CIRI DAN HARGA RMR

Di bawah kami akan kongsikan lebih lanjut berkenaan ciri-ciri dan harga RMR yang akan ditawarkan :

1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

  • Harga : RM75,000
  • Subsidi pembinaan : RM20,000
  • Jumlah pinjaman : RM55,000
  • Anggara bayaran sebulan adalah selama 16 tahun : RM300 untuk sebulan
2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di semenanjung)
  • Harga : RM85,000
  • Subsidi pembinaan : RM20,000
  • Jumlah pinjaman : RM65,000
  • Anggaran bayaran sebulan adalah selama 16 tahun : RM350 untuk sebulan
3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah & Sarawak)
  • Harga : Sekitar RM75,000 – RM106 , 000
  • Subsidi pembinaan : RM20,000
  • Jumlah pinjaman : RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran bayaran sebulan adalah selama 16 tahun : RM300 – RM470 untuk sebulan

CARA MOHON

Permohonan ini boleh dilakukan dengan 2 kaedah iaitu sama ada anda ingin membuat permohonan secara online ataupun secara manual. Berikut 2 kaedah yang boleh dibuat semasa membuat permohonan :

1. Permohonan secara online

  • Pertama sekali , anda pelru layari laman web rasmi SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/
  • Klik pada bahagian pendaftaran dan isi borang dengan lengkap
  • Masukkan id dan kata laluan yang telah diberikan melalui e-mel
  • Log masuk ke SPNB dengan menggunakan id dan kata laluan
  • Pastikan anda isi borang maklumat dengan lengkap
  • Klik pada selesai pendaftaran
  • Klik pada bahagian cetak borang
  • Hantar borang serta dokumen sokongan yang diperlukan ke cawangan SPNB yang berdekatan dengan tempat tinggal anda
2. Permohonan secara manual
  • Anda boleh mendapatkan borang permohonan di cawangan SPNB
  • Sekiranya selesai mengisi borang , hantar semula borang dan dokumen tersebut ke cawangan SPNB

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan semasa menghantar borang permohonan ke cawangan SPNB :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan kad penganalan pemilik tanah
  • Salinan geran hak milik tanah terbaharu serta sijil carian rasmi dariapda Pejabat Tanah
  • Slip gaji untuk 3 bulan yang terkini  / surat pengesahan pendapatan ataupun surat akuan sumpah pendapatan
  • Surat akuan pelepasan pemilik tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang lapor tapak yang mempunyai gambar

SEMAKAN STATUS KELULUSAN

Sebarang maklum balas akan diberikan dalam masa tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan dan kelulusan hanya akan dibuat mengikut peruntukan kewangan tahunan.

  • Tempoh pembinaan adalah selama 18 bulan daripada tarikh penyeran tapak kosong serta perjanjian

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan bina rumah atas sendiri dengan mendapatkan subsidi sehingga RM20,000 , anda perlu hubungi di talian hotline yang akan diberikan di bawah :

  • 03- 2618 5555

Dalam masa yang sama , anda juga boleh membuat pertanyaan lebih lanjut melalui hadir ke cawangan SPNB yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *