Semak Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Sebanyak RM150 Untuk Murid Yang Layak

PERINCIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)

Seperti yang kita tahu , pada setap tahun bantuan awal persekolahan (BAP) akan diberikan oleh kerajaan yang akan diagihkan pada setiap awal tahun.


Pemberian bantuan ini akan diberikan kepada pelajar yang layak untuk meringankan beban dalam membuat persediaan barangan sekolah . Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan pembayaran secara serentak kepada murid sekolah dan murid sekolah menengah.

KADAR BANTUAN

Untuk pengetahuan anda semua, kadar bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM150 berbanding dengan tahun lalu jumlah bayaran yang dibayar adalah sebanyak RM100 untuk murid yang layak.

TARIKH PEMBAYARAN

Berita baik kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengelaurkan kenyataan rasmi mengenai tarikh rasmi pembayaran bantuan awal persekolahan. Dalam kenyataan tersebut tarikh pembayaran mula dilaksanakan pada 

  • 17 Januari 2022

CARA PEMBAYARAN

Pembayaran ini terdapat 2 kaedah untuk diberikan kepada murid yang layak :

I. Secara Tunai

  • Pembayaran secara bersemuka tetapi memtauhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) .
II. Secara Kredit
  • Pembayaran secara dikreditkan ke dalam akaun bank murid yang layak

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Murid berwarganegara Malaysia
  • Murid tahun 1 sehingga tahun 5
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pelajar yang bersekolah di sekolah kerajaan , sekolah swasta kecuali sekolah antarabangsa

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *