Permohonan Bantuan BKM Bujang 2022 Sebanyak RM350 ~ Tarikh Tutup Permohonan 31 Januari 2022

 

Kerajaan telah memperkenalkan satu insentif iaitu Bantuan Keluarga malaysia (BKM) yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Berita baik kepada golongan bujang kerana bantuan BKM akan memberikan bantuan secara tunai yang bertujuan untuk meringankan beban dalam kelangsungan hidup.


JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan yang diberikan adalah berdasarkan golongan bujang yang mempunyai pendapatan di bawah RM2,500 bakal menerima bantuan sebanyak 

  • RM350

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk bantuan bujang melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) seperti :

  • Berumur 21 hingga 59 tahun
  • Merupakan seorang bujang ataupun ibu bapa tunggal / duda / janda dan balu yang tidak mempunyai anak menepati syarat
  • Mempunyai pendapatan di bawah RM2,500

TARIKH BAYARAN

Melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) terdapat 4 fasa pembayaran yang akan dilaksanakan pada tahun ini seperti berikut :

BKM Fasa 1

  • Bulan Mac 2022
  • Isi rumah
  • Warga emas bujang
  • Bujang
BKM Fasa 2
  • Bulan Jun 2022
  • Isi rumah
  • Warga emas bujang
BKM Fasa 3
  • Bulan September 2022
  • Isi rumah
  • Warga emas bujang
  • Bujang
BKM Fasa 4
  • Bulan Disember 2022
  • Isi rumah
  • Warga emas bujang
Seperti yang kita lihat pada tarikh pembayaran BKM , kategori bujang hanya dibayar sebanyak 2 kali sahaja iaitu pada Fasa 1 dan Fasa 3.

CARA MOHON

Data penerima BPR 2021 , BKC B40 serta data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus dalam permohonan atas alasan menerima bantuan GKP secara automatik akan dibawa ke dalam sistem BKM bagi membuat semakan kelayakan.

Walau bagaimanapun , permohonan BKM yang baru perlu dibuat jika tidak mempunyai rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima yang sedia ada mempuyai sebarang perubahan maklumat hendaklah perlu membuat kemaskini mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

TARIKH MOHON & KEMASKINI BKM 2022

Makluman anda semua , sebarang tarikh permohonan dan kemaskini maklumat boleh dilakukan bermula

  • 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan BKM bujang , Anda boleh terus layari laman web rasmi di https://budget.mof.gov.my/2022/ untuk mengetahui lebih lanjut.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *