Mohon Bantuan Kredit e-Wallet 2022 Sebanyak RM150 “One-Off” Untuk Golongan Belia

 

Pada pembentangan bajet belanjawan 2022 , kerajaan telah memperkenalkan sebuah program eStart iaitu Skim Transaksi Tanpa Tunai untuk mempermudahkan dalam membuat transaksi tanpa tunai di premis perniagaan besar ataupun kecil melalui aplikasi eWallet.


Menurut kenyataan menteri kewangan , Datuk Tengku Zafrul Abdul Aziz bantuan kredit e-wallet akan dikreditkan ke dalam e-dompet para pelajar sepenuh masa di peringkat institusi tinggi dan golongan belia dengan menerima bantuan sebanyak RM150 secara “one-off”.

Secara keseluruhannya , bantuan kredit e-Wallet melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta yang bakal memberikan manfaat kepada anggaran 2 juta penerima yang terdiri daripada golongan belia untuk meringankan beban dalam pembelian barangan kelengkapan pembelajaran.

Kami akan kongsikan secara lebih lanjut mengenai bantuan kredit e-wallet , baca sehingga habis .

PERINCIAN PROGRAM E-START

Untuk pengetahuan anda semua , program e-Start adalah merupakan salah satu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai untuk mepermudahkan dalam membuat transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

Menerusi program e-Start kerajaan akan memberikan bantuan kredit e-Wallet sebanyak RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para penerima yang layak yang berumur 18 hingga 20 tahun serta para pelajar sepenuh masa di peringkat institusi tinggi.

SENARAI E-WALLET YANG TERLIBAT

Buat masa sekarang , sebarang aplikasi e-wallet yang akan terlibat belum diumumkan lagi oleh kerajaan. Pada tahun lepas , program eBelia PEMERKASA yang telah dilaksanakan semenjak 1 Jun sehingga 22 Julai 2021 menggunakan aplikasi seperti 

  • Boost
  • Touch N Go Wallet
  • Grab Pay
  • Big Pay
Sebarang perkembangan makluamt terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

JUMLAH BANTUAN

Setiap penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM150 secara “one-off“.

GOLONGAN YANG LAYAK MOHON

Golongan yang layak untuk membuat permohonan bantuan kredit e-Wallet adalah golongan belia dan juga pelajar sepenuh masa di peringkat institusi tinggi.

CARA UNTUK MOHON

Makluman anda semua , sebarang permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi yang akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa yang terdekat. Anda boleh layari laman web portal rasmi di https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai bantuan di bawah bajet belanjawan 2022.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *