Semakan Pembayaran Kewangan Sebanyak RM1000 Bermula Disember 2021

 

Untuk pengetahuan anda semua , bulan Disember 2021 ini adalah merupakan bulan yang terkahir untuk pembayaran i-Citra semenjak pengeluaran kemudahan i-Citra dari bulan Ogos. Mesti ramai yang akan tertunggu-tunggu dengan pembayaran bulan yang terakhir iaitu Disember.


Walaupun ramai yang ingin membuat pengeluaran i-Citra sehingga RM10,000 secara one-off tetapi perkara ini tidak dibentangkan pada Bajet Belanjawan 2022. Hal ini dapat menimbulkan perasaan marah di kalangan rakyat lebih-lebih lagi golongan yang terjejas.

Pembayaran i-Citra sebanyak RM1,000 untuk setiap bulan ini dapat memberikan manfaat dari segi perbelanjaan barangan dapur , bayaran bil yang tertunggak serta bil utiliti. Perkara ini sangat membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

JUMLAH BAYARAN

Pembayaran kemudahan i-Citra ini akan dilaksanakan selama 5 bulan dengan pembayaran setiap bulan adalah sebanyak 

  • RM1000 
  • Secara keseluruhannya RM5000 bagi 5 bulan

TARIKH PEMBAYARAN

Buat masa sekarang , pihak Kumpulan Wang Simpanana Pekerja (KWSP) belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi tarikh pembayaran i-Citra bagi bulan Disember. 

Walaubagaimana pun , pembayaran ini adalah sama seperti dengan bayaran bulan yang lepas seperti 

  • 1 Disember 2021 (Tarikh pembayaran akan dikemaskini jika terdapat perubahan)
  • Pembayaran melibatkan 1-3 hari waktu bekerja berdasarkan bank masing-masing
Maklumat tambahan , pembayaran i-Citra ini adalah merupakan secara berperingkat berkemungkinan anda akan dibayar lewat untuk beberapa hari.

CARA MEMBUAT SEMAKAN 

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan pembayaran i-Citra :

  • Layari laman web portal rasmi I-Akaun KWSP
  • Log masuk dengan menggunakan ID dan kata laluan
  • Sila klik pada bahagian “Pengeluaran”
  • Seterusnya , klik pada bahagian “Sejarah Pengeluaran”
  • Anda perlu klik pada paparan “I-Citra”
  • Tarikh pembayaran i-Citra akan dipaparkan

2 Comments

  1. bro sfr December 1, 2021 at 3:16 pm

    saya memerlukan bantuan dari kerajaan

    Reply
  2. azman December 4, 2021 at 9:34 pm

    ketogeri bujang apa pun x dak malang sungguh.

    Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *