Bantuan Program Subsidi RM20,000 Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri ~ Mohon Sekarang !

 

Berita baik kepada anda semua , kerajaan telah menyediakan progra subsidi kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk disalurkan bantuan sebanyak RM20,000 untuk membina rumah di atas tanah sendiri.


Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) juga adalah merupakan salah satu syarikat pembangunan perumahan yang telah diperkenalkan semenjak pada tahun 1997 yang dulu. Syarikat pembangunan perumahan ini telah dimiliki oleh Menteri Kewangan Malaysia.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah merupakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang bertujuan untuk membina rumah yang berkualiti tinggi serta mampu milik bagi golongan yang mempunyai berpendapatan rendah.

PERINCIAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

Tujuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini diperkenalkan adalah untuk sentiasa membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah mampu milik dengan keadaan selesa dan harmoni untuk didiami.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan sebelum membuat permohonan subsidi sebanyak RM20,000 :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan sebulan tidak melebihi RM3,000
  • Pastikan pemohon tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah yang sudah usang
  • Tapak tanah yang bersesuaian serta bebas daripada gadaian 
  • Keluasa tanah perlu tidak melebihi 3,600 kps
  • Apabila pemohon bukan pemilik tanah maka pemohon perlu meminta kebenaran daripada milik tanah

HARGA RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

Di bawah kami akan kongsi mengenai harga serta ciri-ciri Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang disediakan :

I. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

  • Harga : RM75,000
  • Subsidi pembinaan : RM20,000
  • Jumlah pinjaman : RM55,000
  • Anggara bayaran sebulan untuk tempoh 16 tahun : RM300 (Sebulan)
II. Keluasan Rumah 850 kps (Pulau Di Semenanjung)
  • Harga : RM85,000
  • Subsidi pinjaman : RM20,000
  • Jumlah pinjaman : RM65,000
  • Anggaran bayaran sebulan untuk tetmpoh 16 tahun : RM350 (Sebulan)
III. Keluasan Rumah 750 kps (Sabah , Sarawak , Labuan)
  • Harga : RM75,000 – RM106 , 000
  • Subsidi pinjaman : RM20,000
  • Jumlah pinjaman : RM55,000 – RM85 ,500 
  • Anggaran bayaran sebulan untuk tempoh 16 tahun : RM300 – RM470 (Sebulan)

CARA MOHON

Berikut adalah merupakan cara-cara untuk membuat permohonan secara atas talian :

  • Pertama sekali , anda perlu layari laman web rasmi Rumah Mesra Rakyat (RMR) di https://rmr.spnbonline.com.my/ 
  • Sila klik pada bahagian pendaftaran baharu serta isi borang dengan lengkap 
  • ID dan kata laluan akan dihantar melalui e-mail
  • Log masuk dengan menggunakan ID dan kata laluan yang telah diberikan melalui e-mail
  • Pastikan anda lengkapkan borang yang diberikan
  • Klik seelsai pendaftaran
  • Anda mesti cetak borang tersebut
  • Hantar borang yang lengkap ke pejabat SPNB yang berdekatan dengan tempat tinggal anda

DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN

Dalam membuat permohonan subsidi ini anda perlu menyediakan dokumen yang diperlukan seperti di bawah :

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan geran tanah milik sendiri yang terbaharu 
  • Slip gaji yang terkini 3 bulan / surat pengesahan pendapatan pemohon / surat akuan sumpah pendapatan 
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Surat akuan pelepasan tuan tanah
  • Borang laporan tapak bergambar

CARA MEMBUAT SEMAKAN KELULUSAN

Sebarang maklum balas akan dibuat dalam masa tempoh 3 bulan daripada tarikh yang anda membuat permohonan serta kelulusan akan dibuat mengikut peruntukan kewangan tahunan sahaja. 

  • Masa untuk pembinaan rumah adalah selama 18 bulan sahaja bermula daripada tarikh permohonan yang anda buat

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan program subisidi RM20,000 untuk bina rumah sendiri , anda boleh terus hubungi SPNB di talian hotline 03-2618 5555 .

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *