Dapatkan Subsidi Sebanyak RM20,000 Untuk Mohon Rumah Mesra Rakyat (PMR)


 

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  berkata dalam sesi pembentangan Bajet 2022 yang lalu menyatakan bahawa projek-projek perumahan seperti Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dilanjutkan bagi membantu golongan yang memerlukan.


Projek-projek perumahan ini juga akan dikhas kan kepada mereka yang memerlukan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri.

SYARAT BAGI KELAYAKAN BANTUAN 

  • Pemohon berwarganegara Malaysia.
  • Pemohon berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan bulanan bagi isi rumah tidak melebihi RM3,000.
  • Pemohon tidak memiliki rumah atau mempunyai rumah usang.
  • Tanah atau tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon hendaklah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah.
  • Keluasan kawasan tidak kurang daripada 3,600 kaki persegi.
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

CIRI RUMAH RMR 

Terdapat beberapa ciri bagi perumahan RMR antaranya ialah:
  • 3 bilik tidur 
  • 2 bilik air 
  • Keluasan rumah kira-kira 750 kaki persegi – 1,000 kaki persegi 
  • Setiap rumah dibekalkan dengan subsidi pembinaan sebanyak RM 20,000 daripada pihak kerajaan 

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN 

Kepada mereka yang ingin memohon Bantuan Perumahan ini, anda boleh membuat permohonan secara atas talian:

Borang permohonan boleh diambil di cawangan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan dihantarkan kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.

  1. Buka laman web rasmi RMR melalui link ini : (RMR)
  2. Langkah seterusnya, klik pada pendaftaran baru
  3. Isi borang pendaftaran dengan lengkap.
  4. Kemudian pemohon menerima id dan kata laluan. 
  5. Kata laluan akan dihantar kepada pemohon.
  6. Log masuk ke laman utama dengan menggunakan login id email dan kata laluan yang diberikan
  7. Pemohon perlu melengkapkan borang online dengan mengisi maklumat lengkap ke dalam sistem.
  8. Setelah selesai mengisi borang online
  9. Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang.
  10. Majukan borang dan dokumen kepada SPNB. Anda perlu memajukan borang beserta dokumen ke pejabat cawangan SPNB yang berdekatan.
  11. Semakan dan penilaian oleh pihak SPNB akan dibuat. Dalam tempoh 3 bulan, maklum balas dan  kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 

  • Salinan Mykad pemohon.
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  • Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini bagi 3 bulan/ surat akuan sumpah pendapatan/ surat pengesahan pendapatan pemohon atau pemohon kedua.
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang.
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Borang laporan tapak bergambar.

MAKLUMAT LEBIH LANJUT 

Sebarang pertanyaan tentang bantuan ini, anda boleh terus rujuk di laman web rasmi RMR (RMR)

 

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *