Cara Mohon Bantuan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS)

 

Makluman anda semua , Insentif yang disediakan melalui Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2021 adalah merupakan secara one-off bagi setiap peringkat pelajaran . Oleh itu , permohonan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja.


PERINCIAN SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR (SPZAS)

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) ini adalah bantuan yang telah disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bertujuan untuk membantu meringankan kos pendidikan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di dalam negara mahupun di luar negara.

Bantuan ini akan diberikan kepada golongan yang memenuhi syarat kelayakan penuh sahaja. Di bawah kami akan kongsikan maklumat lebih lanjut mengenai bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

CARA MOHON

Permohonan ini anda boleh buat melalui laman web rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS) di 

JUMLAH SUMBANGAN

Berikut adalah merupakan jumlah sumbangan yang akan diberikan kepada penerima yang layak seperti :

  • RM700 (SPZAS Dalam Negara)
  • RM2500 (SPZAS Di Luar Negara)
  • Sumbangan ini merupakan di bawah peruntukan Asnaf Fisabilillah

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan ini sudah ditetapkan seperti sedia maklum :

  • 20 November 2021 – 20 Disember 2021

SYARAT PERMOHONAN

Di bawah kami akan kongsikan berkenaan syarat kelayakan yang diperlukan seperti 

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Ketua keluarga / penjaga lahir dan menetap di Selangor tidak kurang daripada 3 tahun 
  • Semester dua dan ke atas sahaja bagi SPZAS dalam negara (Sijil/Pra Universiti/Asasi/Matrikulasi/Pra Diploma 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) , Anda boleh terus hubungi di talian hotline LZS 1 300 88 4343 .

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *