Bantuan Kewangan Sebanyak RM500 Untuk Warga Emas

 

Berita baik kepada anda semua , Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan banyak jenis bantuan untuk mereka yang terjejas. Tujuan bantuan ini diperkenalkan adalah untuk meringankan beban mereka dalam menjalani kehidupan seharian dengan selesa.


Bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan disalurkan penerima mengikut kategori dan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Antara bantuan yang disediakan oleh JKM adalah Bantuan Warga Emas yang akan terus diberikan kepada warga emas.

JUMLAH BANTUAN 

Penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak 

  • RM500

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan :

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  • Menetap di Malaysia
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Warga emas yang tidak tinggal di Institusi Kendalin JKM pusat jagaan harian dan perkhidmatan secara percuma

CARA MOHON

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan diperlukan , anda perlu membuat memuat naik borang permohonan yang telah disediakan (Borang) .

Semasa anda ingin pergi ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) , anda perlu sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti :

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / bapa / ibu serta anak yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (Sekiranya ada)
  • Serta dokumen-dokumen lain yang berkenaan

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Warga Emas , anda boleh terus rujuk di laman web portal rasmi JKM .

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *