Semakan Pembayaran Terbaharu Bagi Bulan Oktober 2021 BPR Tambahan


 

Pada pertusuan khas Perdana Menteri yang diadakan pada pembentangan Pakej Bantuan 3.0 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PEMERKASA Plus bahawa pembayaran BPR Tambahan akan dilaksanakan bermula Oktober 2021.


“BPR Tambahan yang dilaksanakan telah melibatkan peruntuka sebanyak RM2.1 bilion “dalam satu kenyataannya. Bekas Perdana Menteri , Datuk Sri Muhyiddin Yassin telah mengatakan bahawa tujuan BPR Tambahan dilaksanakan adalah untuk membantu rakyat yang terjejas dalam meneruskan kelangsungan kehidupan.

PERINCIAN BPR TAMBAHAN

Bantuan BPR Tambahan adalah merupakan salah satu bantuan kewangan tambahan bagi BPR 2021. Namun begitu , pembayaran ini akan dilaksanakan secara berperingkat untuk melancarkan proses pembayaran.

KADAR BANTUAN BPR TAMBAHAN

Berikut adalah merupakan kadar bayaran bantuan BPR Tambahan yang akan diberikan kepada penerima seperti berikut :

  • Kategori si rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 bakal menerima bayaran BPR Tmabahan sebanyak RM500
  • Kategori isi rumah yang berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 bakal menerima bayaran sebanyak RM300
  • Kategori bujang bakal menerima bayaran sebanyak RM100
  • RM100 adalah untuk kategori bujang / bapa tunggal berumur 60 tahun dan ke atas serta tiada anak serta mempunyai pendapatan RM5,000 dan ke bawah

TARIKH PEMBAYARAN

BPR Tamabahan akan dikreditkan kepada penerima yang layak bermula :

  • Penerima pemegang akaun bank (BSN) : 28 September 2021
  • Penerima pemegang akaun bank (Selain BSN) : 4 Oktober 2021
  • Penerima yang tidak memegang/mempunyai akaun bank (BSN) : 4 Oktober 2021 di kaunter BSN

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pembayaran BPR Tambahan , anda boeh hubungi di talian hotline LHDNM 1-800-88-2747 atau layari laman web portal rasmi di https://bpr.hasil.gov.my; .


2 Comments

  1. Unknown October 5, 2021 at 11:13 am

    Ini terbaru lagi ker.. Bila msuk nya ni?

    Reply
  2. Unknown October 13, 2021 at 8:09 am

    Belum pun dapat

    Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *