Portal e-Kasih : Langkah Untuk Membuat Pendaftaran Permohonan Baharu & Semakan E-Kasih Online

Untuk pengetahuan anda semua , sistem e-Kasih adalah merupakan salah satu sistem pangkalan data data keluarga miskin yang telah diwujudkan bagi memastikan dapat memantau program kemiskinan oleh Unit ICU daripada Jabatan Perdana Meneteri.


Selain itu , bank data kemiskinan nasional e-Kasih mengandungi maklumat berkaitan kemiskinan bermulanya daripada profail individu ,program dan bantuan yang telah diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) serta Ahli Isi Rumah (AIR) melalui agensi pemberian bantuan.

Berbanding dengan Komponen data e-Kasih yang mempunyai maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) serta Ahli Isi Rumah (AIR) ,kediaman , harta. kesihatan ,maklumat lokasi dan pendapatan bantuan. Data e-Kasih akan digunakan oleh Kementerian sebagai memberikan bantuan melalui program Kemiskinan.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang diperlukan semasa ingin membuat permohonan bantuan e-Kasih adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

4 PUNCA PENDAPATAN UTAMA

  • Bekerja sendiri
  • Pindah semasa diterima
  • Pekerjaan bergaji
  • Pendapatan daripada harta serta pelaburan
Nota : Isi rumah diberikan satu keistimewaan untuk mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan dan pendapatan diterima boleh diperoleh daripada pelbagai punca.

PENDAFTARAN BAHARU

Berikut adalah merupakan cara membuat pendafataran baharu e-Kasih :

  • Membuat rujukan melalui Pejabat Daerah ataupun Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)
  • Cara seterusnya boleh dilakukan melalui surat , telefon , email rasmi atau membuat laporan kemiskinan kepada Majlis Pengurusan Kumuniti Kampung (MPKK).

CARTA PROSES PENDAFTARAN 

Di bawah anda boleh rujuk gambar carta proses pendaftaran yang kami akan kongsikan :

4 STATUS DAFTAR E-KASIH

Status daftar e-Kasih merangkumi pelbagai jenis seperti :

  • Disahkan : Telah dibanci
  • Disemak : Dalam proses banci
  • Ditolak : Tidak dilayan banci
  • Pendaftaran terbuka : Permohonan baharu

CARA MEMBUAT SEMAKAN E-KASIH 

Semakan e-kasih boleh dilakukan melalui :

  • Layari laman web portal rasmi e-Kasih 
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda dan “Klik untuk carian”

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut , anda boleh terus layari laman web portal rasmi di e-Kasih untuk mengetahui maklumat lanjut.

 

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *