Permohonan Skim Smart Sewa Beli Rumah Untuk Golongan B40 ~ Semak Kelayakan Anda Sekarang !

 

PERINCIAN SMART SEWA

Makluman anda semua , Skim smart sewa adalah merupakan salah satu program kerajaan negeri yang telah diperkenalkan agar memastikan dapat membantu orang awam dengan mempunyai pendapatan yang rendah setiap bulan untuk mempunyai rumah kediaman sendiri di negeri Selangor.


Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) akan mengurus semua skim smart sewa untuk memberi sewa kepada golongan B40 yang betul-betul layak sahaja.

TUJUAN SKIM SMART SEWA

Tujuan skim Smart Sewa diperkenalkan oleh kerajaan negeri untuk membantu orang yang layak untuk membuat deposit dalam urusan beli rumah kediaman sendiri.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk membuat permohonan seperti :

  • Pemohon yang warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi keluarga kurang daripada RM5,000
  • Pemohon merupakan suami/isteri yang bekerja serta menetap di Negeri Selangor
  • Pemohon adalah merupakan pengundi di Negeri Selangor
  • Pemohon yang tidak mempunyai rumah kediaman sendiri

TEMPOH SEWA

  • Maksimum 5 tahun
  • Minimum 2 tahun

DEPOSIT SKIM SMART SEWA

Deposit skim smart sewa termasuklah :

  • Sewa 2 bulan
  • Sewa semasa 1bulan
  • Caj utiliti 

DOKUMEN SOKONGAN

Di bawah kami akan kongsikan dokumen sokongan yang diperlukan seperti : 

  • Salinan kad pengenalan pasangan
  • Salinan surat nikah
  • Salinan Mykad
  • Salinan KWSP
  • Salinan penyata gaji 3 bulan terkini
  • Salinan bil eletrik & bil air
  • Salinan daftar undi 

BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan anda boleh dapat melalui ruangan yang kami sediakan :

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan skim smart sewa , anda boleh hubungi di talian 03 5524 0233

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *