Geran Khas Prihatin (GKP) : Cara Membuat Kemaskini Maklumat Akaun Bank Bagi Status Gagal Dikredit


 

Untuk makluman kepada penerima Geran Khas Prihatin (GKP) , kepada penerima yang gagal dikredit ke dalam akaun bank kini GKP dibuka untuk membuat semakan kemaskini akaun bank.


Pemohon yang mempunyai status permohonan gagal dikredit pada yang lepas telah memberikan kesan kepada penerima dimana penerima tidak menerima bayaran. Untuk tidak mengulangi perkara yang sama pihak LHDNM telah memberi ruang kepada pemohon untuk membuat kemaskini akaun bank.

TARIKH KEMASKINI AKAUN BANK

Berita baik kepada anda semua , tarikh kemaskini akaun bank boleh dilakukan bermula pada :

  • 7 Oktober 2021 sehingga 21 Oktober 2021

GOLONGAN YANG PERLU KEMASKINI

Penerima yang perlu kemaskini adalah seperti berikut :

  • GKP 3.0
  • GKP 4.0
  • GKP Permai 
  • GKP Pemerkasa
Nota : Perkara di atas merujuk kepada penerima yang berstatus “Gagal Dikredit”

CARA MEMBUAT KEMASKINI

Kemaskini akaun bank boleh dibuat melalui secara atas talian sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan kemaskini akaun bank , anda boleh hubungi LHDNM di talian hotline 1-800-8-2747

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *