Bantuan Suri Rumah Sehingga RM480 Setahun ~ Mohon Sekarang !


 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menubuhkan satu insiaitif kepada golongan suri rumah yang berada di luar sana. Program yang diperkenalkan adalah i-Suri ynag bertujuan untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah sebagai sumbangan mereka pada keluarga yang tercinta.


FAEDAH I-SURI KWSP

Jika anda layak menerima bantuan suri rumah , manfaat yang anda terima adalah seperti berikut :

  • Menerima bayaran daripada kerajaan sebanyak RM480/setahun
  • Akan diberikan dividen tahunan
  • Bantuan kematian sebanyak RM2500
  • Caruman dalam apa-apa amaun serta apda bila-bila masa mengikut kemampuan mereka

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan :

  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam ekasih setakat 30 Jun 2018 termasuklah Isteri Kepada Isi Rumah (KIR) dan KIR Wanita Balu , Becerai , Bujang
  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun 
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun

SIAPAKAH YANG MENCARUM?

Pemohon ini boleh dilakukan oleh pemohon yang :

  • Isteri
  • Suami kepada pasangan yang layak

CARA MOHON BANTUAN SURI RUMAH

Sebarang bentuk permohonan anda boleh lakukan di mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Dalam masa yang sama , anda perlu sentiasa membawa kad pengenalan semasa ingin membuat permohonan.Kaedah yang boleh dilakukan untuk mencarum adalah seperti berikut :

  • Kaunter KWSP
  • Ejen Bank Berdaftar
  • Kaunter Ejen Bank
  • Perbankan Internet

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan bantuan suri rumah , anda boleh hubungi di talian hotline 03 8000-8000

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *