Bantuan Kewangan Zakat Kepada Golongan B40 Sebanyak RM500

 

Sepanjang penyakit berjangkit Covid-19 yang merebak di negara kita , kesannya sangat memberi impak yang besar kepada rakyat Malaysia. Kita boleh lihat dari segi sektor pekerjaan yang terpaksa di tutup untuk membendung penularan wabak Covid-19. Rakyat diberhentikan kerja ataupun diberi cuti tanpa gaji oleh majikan menyebabkan mereka terkesan.


Dalam masa yang sama , kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan dari segi kewangan kepada rakyat yang terjejas sumber pendatannya. Antara bantuan yang diperkenalkan termasuklah Bantuan  Zakat Selangor Peduli dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Bantuan ini pada awalnya ditawarkan kepada rakyat yang terdiri daripada golongan B40 bagi yang tekesan dengan sumber pendapatan serta hilang pekerjaan yang merupakan mata pencarian rezeki.

KADAR BANTUAN 

Sekiranya anda layak untuk menerima bantuan kewangan daripada zakat , kadar  bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak 

  • RM500 secara “One-Off”  

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan seperti berikut : 

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah beragama Islam
  • Lahir setra menetap di Negeri Selangor 
  • Pemohon merupakan ketua keluarga
  • Pemohon perlu mematauhi kriteria (Had Kifayah) yang telah ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had menucukupi (Had Kifayah) bagi asnaf fakir miskin.
  • Pemohon telah dibanci dengan menggunakan Had Kifayah dan memenuhi kriteria seperti : 
  1. Hilang pekerjaan / Hilang sumber pendapatan bagi perniaga kecil
  2. Diberikan cuti tanpa gaji 
  3. Bekerja tetapi dipotong gaji bulanan
  4. Pemohon yang masih menunggu proses pencen

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan bantuan kewangan daripada Zakat Selangor Peduli , anda boleh rujuk di sini “Secara Atas Talian .

CARA PEMBAYARAN BANTUAN ZAKAT

Untuk pengetahuan anda semua , kaedah pembayaran bantuan zakat adalah melalui Electronic Fund Transfer (EFT) . Oleh itu , penerima yang layak diberi peringatan untuk memastikan akaun bank masih aktif untuk proses pembayaran.

MAKLUMAT LANJUT 

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan bantuan zakat , anda boleh rujuk lebih lanjut di “SINI” . 

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *