Bajet Belanjawan 2022 : Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Sebanyak RM150 Untuk Setiap Orang

 Kuala Lumpur : Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz baru sahaja telah membuat penguguman khas berkenaan pembentangan Bajet Belanjawan 2022 yang diadakan pada Dewan Rakyat bertemakan Keluarga Malaysia , Makmur Sejahtera.


Untuk pengetahuan anda semua , pembentangan Bajet Belanjawan 2022 ini adalah merupakan paling tinggi setakat ini berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Bajet Belanajwan 2022 ini telah melibatkan peruntukan sebanyak RM332.1 bilion.

Semasa pembentangan Bajet Belanjawan 2022 , Menteri Kewangan Tengku Zafrul telah mengugumkan bahawa Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan disalurkan kepada murid-murid sekolah yang bakal kembali ke sekolah.

PERINCIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)

Makluman anda semua , Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada setiap tahun akan memberikan kepada murid-murid bermula sahaja pada tahun 2012. Bantuan ini akan diberikan secara tunai untuk murid sekolah rendah & menengah .

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini diberikan kepada murid-murid yang bertujuan untuk meringankan beban mereka dalam membuat perbelanjaan barang sekolah seperti baju , seluar , beg , kasut sekolah dan lain-lain lagi.

KADAR BANTUAN 

Kadar bantuan yang dibentangkan pada Bajet Belanjawan 2022 baru-baru ini berbeza dengan sebelum ini. Di bawah kami akan terangkan berkenaan bantuan awal persekolahan (BAP) seperti :

  • RM150 (Untuk seorang murid)
  • Pembayaran adalah secara “One-Off”
Oleh itu , jika anda mempunyai 2 orang anak bakal  menerima bayaran sebanyak RM300.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tiada sebarang permohonan dibuka kerana bantuan akan diberikan kepada murid-murid sekolah sahaja.Tetapi sekiranya syarat kelayakan diperlukan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan kasar sebulan di bawah RM3000
  • Bantuan ini akan diberikan kepada murid yang bersekolah di Sekolah Swasta , Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah kerajaan

CARA MOHON

Sebarang permohonan tiada lagi dikeluarkan buat seketika ini , Tetapi sekiranya anak anda menerima bantuan BAP pada sebelum ini maka anak anda akan menerima pada tahun 2022.

Semoga dengan perkongsian berkenaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dapat memberikan manfaat kepada murid-murid yang bersekolah dalam membuat perbelanjaan barangan sekolah.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *