Senarai Bantuan Kerjaan Yang Akan Dilaksanakan Sepanjang Bulan September

Mesti ramai yang terkesan kan akibat pandemik Covid-19 yang sudah melanda dinegara kita selama 1 tahun lebih yang telah menyebabkan ramai rakyat yang terjejas pendapatan . Kesan pandemik Covid-19 sangat memberi impak yang besar kepada rakyat malaysia khususnya yang bekerja swasta dan perniagaan kecil.


Dalam membendung wabak Covid-19 , kerajaan telah memutuskan untuk membuat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana semua pekerja dan perniagaan kecil terpaksa di tutup buat sementara waktu. Hal ini demikian kerana untuk mengurangkan kes Covid-19 yang sekarang telah mencatat kes tinggi setiap hari.

Untuk makluman anda semua , kerajaan di negara Malaysia tidak pernah sesekali untuk menepikan rakyat dalam menangani wabak Covid-19. Pelbagai jenis bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada golongan yang terejas bagi meringankan beban mereka.

SENARAI BANTUAN SEPANJANG BULAN SEPTEMBER

Di sini kami akan kongsikan segala jenis bantuan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan sepanjang bulan September 2021 :

I. I- Citra KWSP

Pada 12 Julai yang lepas , permohonan i-Citra boleh dilakukan secara atas talian . KWSP telah membuat kelulusan kepada semua ahli yang membuat permohonan. Pembayaran I-Citra akan dilaksnakan bermula 1 September 2021 dan dilaksnakan secara berperingkat

II. Bantuan Khas Covid (BKC) 

Bantuan Khas Covid-19 adalah akan disalurkan kepada golongan keluarga miskin tegar , kategori B40 dan Kategori M40 di mana mereka akan menerima bayaran secara berperingkat. Bantuan Khas Covid-19 mempunyai 3 fasa di mana fasa 1 akan dilaksanakan bermula 1 September 2021. Kelayakan mereka adalah berdasarkan daripada pangkalan data Bantuan Prihatin Rkayat (BPR). 

Berikut adalah merupakan jumlah bayaran bagi golongan yang akan menerima bayaran BKC pada 6 September 2021 :

Miskin Tegar

  • Isi Rumah : RM500
  • Bujang : RM200
Kategori B40
  • Isi Rumah : RM500
  • Bujang : RM200
Kategori M40 
  • Isi Rumah : RM250
  • Bujang : RM100

III. Program PRIHATIN Kasih (selama 3 bulan RM100/Sebulan)

Program PRIHATIN Kasih adalah merupakan bantuan barangan dapur yang akan disalurkan kepada isi rumah untuk membuat perbelanjaan di tempat pasar raya yang ditetapkan dengan hanya menggunakan Mykad. 

Bantuan barangan dapur akan diberikan kepada isi rumah dengan jumlah bantuan sebanyak RM100/sebulan selama 3 bulan.

IV. Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 

Dalam membantu perniagaan kecil untuk terus berjaya dan semangat , kerajaan telah memberikan satu inisiatif kepada perniagaan kecil iaitu Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 . Bantuan GKP 4.0 akan dilaksanakan secara berperingkat. 

Fasa Pertama : RM500 (Julai GKP Tamabahan)

Fasa Kedua : RM500 (September)

Fasa Ketiga : RM500 (November)

Semoga dengan perkongsian yang kami berikan dapat memberikan manfaat kepada anda semua berkenaan bantuan kerajaan yang akan disalurkan sepanjang bulan September 2021.

4 Comments

  1. Unknown September 13, 2021 at 3:32 am

    Terima kasih sebab bagi semua jenis bantuan

    Reply
  2. Unknown September 13, 2021 at 4:17 am

    Gkp boleh mohon lagi ke?

    Reply
  3. Unknown September 13, 2021 at 4:51 am

    Cmana cara daftar program prihatin kasih

    Reply
  4. eddy September 14, 2021 at 1:29 pm

    Bsn-1311241000118303

    Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *