Semakan Pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 Sebanyak RM500 Bermula September 2021

 

Bulan september adalah merupakan pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 sebanyak RM500 yang akan dilaksanakan secara berperingkat. Pembayaran bantuan GKP 4.0 adalah untuk meringankan beban kepada perniagaan kecil yang terjejas akibat pandemik Covid-19.


Melalui bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) dapat memberikan manfaat kepada perniagaan kecil sekaligus dapat memberikan semangat untuk meneruskan perniagaan mereka. Bantuan GKP telah memperuntukan sebanyak RM5.1 bilion yang akan disalurkan secara berperingkat.

KADAR BAYARAN 

Untuk pengetahuan anda semua , keseluruhan jumlah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :

  • RM500 : Julai (GKP Tambahan)
  • RM500 : September 
  • RM500 : November

TARIKH PEMBAYARAN

Buat masa sekarang , tiada sebarang tarikh rasmi pembayaran yang diumumkan oleh kerajaan pada bulan ini tetapi anda dinasihatkan untuk peka terhadap penguguman sekiranya dibuat .

SEMAKAN GKP 4.0

Dalam menunggu tarikh rasmi pembayaran GKP 4.0 yang akan dikeluarkan oleh kerajaan , anda boleh boleh membuat semakan laman web rasmi di :

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan pembayaran GKP 4.0 , anda boleh terus hubungi di talian hotline 03-8911 1000 .

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *