Permohonan Bantuan Kewangan AM Negeri Sebanyak RM350 Di Bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)


 

Dalam menangani penyakit berjangkit Covid-19 di negara kita , ramai rakyat yang terjejas sumber pendapat akibat banyak sektor terpaksa di tutup. Kerajaan sentiasa tidak menepikan rakyat yang terkesan untuk menerima bantuan kewangan.


Pelbagai bantuan kewangan yang telah disalurkan kepada rakyat yang terjejas oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui kerajaan. Tujuan bantuan diberikan kepada rakyat adalah untuk meringankan beban mereka dalam menjalani kehidupan seharian dengan selesa.

KADAR BANTUAN 

Bantuan yang akan diperkenalkan adalah bantuan kewangan AM Negeri dengan kadar bantuan sebanyak 

  • RM100 Seorang
  • Maksimum RM350/Keluarga

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan 

  • Warganegara Malaysia
  • Bermasatautin di Malaysia
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) , Purata Miskin Isi Rumah Semasa dan PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan miskin yang tidak menerima bantuan daripada JKM

CARA MOHON

Bagi mereka yang ingin membuat permohnan bantuan kewagan AM Negeri , anda boleh mendapatkan borang permohonan di cawangan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

  • Pemohon boleh mengisi borang yang disediakan oleh JKM – DI SINI.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan adalah seperti berikut : 

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri / Anak yang tinggal bersama
  • Salinan Sijil Kelahiran anak – anak serta ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Penyata Gaji (Sekiranya Ada)
  • Serta Dokumen yang lain diperlukan

MAKLUMAT LAJUT

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat rasmi yang terperinci Berkaitan bantuan AM Negeri ,anda boleh rujuk DI SINI .

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *