Kategori Bujang Tidak Terlibat Dalam Pembayaran BPR Fasa 3


 

Makluman anda semua , pembayaran BPR Fasa 1 dan Fasa 2 telah dikreditkan kepada penerima yang lalu. Tetapi bagi pembayaran BPR Fasa 3 mesti ramai yang tertanya-tanya berkenaan tarikh pembayaran BPR Fasa 3. Pembayaran BPR Fasa 3 akan mula dikreditkan kepada penerima pada September 2021.


Pada penguguman bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin , pembayaran BPR Fasa 3 secara rasminya akan dilaksanakan pada September 2021 melalui pembentangan Pakej Perlindungan Rakyat dan Ekonomi Pemulihan (PEMULIH)

PERINCIAN KATEGORI BUJANG

Pembayaran BPR Fasa 3 pada kali ini tidak melibatkan kategori bujang . Hal ini demikian kerana jumlah amaun bagi kategori bujang telah dilaksnakan pada pembayaran BPR Fasa 1 dan Fasa 2. Oleh itu , penerima kategori bujang diharapkan dapat menerima maklumat tersebut.

KADAR BANTUAN MENGIKUT KATEGORI BPR FASA 3

Pembayaran BPR Fasa 3 akan dikreditkan kepada penerima mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti berikut :

1. Pendapatan Isi Rumah (RM2,500)

  • Kurang daripada 1 orang anak (RM500)
  • Lebih 2 orang anak dan ke atas (RM1,100)
2. Pendapatan Isi Rumah (RM2,500 – RM4,000)
  • Kurang daripada 1 orang anak (RM200)
  • Lebih 2 orang anak dan ke atas (RM600)
3. Pendapatan Isi Rumah (4,001 – RM5,000 )
  • Kurang daripada 1 orang anak (pemohon yang berumur 60 tahun ke atas ) (RM200)
  • Kurang daripada 1 orang anak (RM100)
  • Lebih 2 orang anak dan ke tas (RM200)

CARA BUAT SEMAKAN STATUS BAYARAN BPR FASA 3

  • Sila layari portal rasmi di laman web https://bpr.hasil.gov.my/
  • Selanjutnya sila tekan pada bahagian butang “Semak Status”
  • Akhir sekali , pembayaran akan dipaparkan 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai persoalan berkaitan tarikh pembayaran BPR Fasa 3 , anda boleh terus hubungi di talian hotline 1-800-88-2747

1 Comment

  1. Unknown September 19, 2021 at 1:15 pm

    Kenapa category bujang tak dpt fasa 3 apa bezanya seperti kmi ibu2 tunggal..tak ada kerja.. tak berpendapat ..

    Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *