Cara Membuat Tebus Nombor Baucar ~ Bantuan Khas Covid018 (BKC) Fasa 1

Penguguman ini adalah diajukan kepada penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang layak tetapi tidak mempunyai sebarang akaun bank untuk dikreditkan.


Bulan september adalah merupakan pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dilaksanakan secara berperingkat mengikut bank masing-masing. Dalam masa yang sama terdapat segelintir pemohon yang tidak mempunyai akaun bank untuk bayaran BKC Fasa 1.

PERINGATAN

Anda di beri peringatan untuk sentiasa membawa kad pengenalan semasa ingin pergi ke mana-mana cawangan BSN untuk menerima bayaran BKC secara tunai.

TARIKH TEBUSAN NOMBOR BAUCAR

Melalui penguguman yang diadakan baru baru ini oleh perdana menteri , pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan dilaksanakan bermula 

  • 6 September 2021

NOMBOR BAUCAR BKC

Nombor baucar secara khasnya diberikan kepada penerima yang tidak mempunyai mana-mana akaun bank untuk menerima bayaran BKC Fasa 1. Tambahan pula , bagi penerima yang gagal menerima bayaran kredit ke dalam akaun.

Oleh itu , dengan nombor baucar yang sediakan dapat membantu anda untuk membuat pengeluaran duit melalui kaunter.

CARA SEMAKAN 

  • Anda boleh membuat semakan melalui laman web rasmi di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
  • Seterusnya masukkan no kad pengenalan serta klik “SEMAK”
  • Selanjutnya klik pada bahagian kolum “Nombor Baucar”
  • Nombor akan dipaparkan 

 CARA PENEBUSAN NOMBOR BAUCAR

  1. Penerima digalakkan untuk menghadiri di cawangan BSN sekiranya nombor baucar dipaparkan
  2. Anda boleh menerima bayaran secara tunai bermula 6 September 2021 seperti yang sedia maklum
  3. Pembayaran secara tunai boleh dilaksnakan sekiranya penerima membawa kad pengenalan ke cawangan BSN

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *