Senarai Bantuan Yang Akan Dilaksanakan Oleh Kerajaan Pada Ogos 2021


 

Kerajaan sudah pasti tidak akan menepikan rakyat dalam menangani pandemik Covid-19 yang melanda di negara kita. Pandemik  Covid-19 ini telah memberi impak yang sangat besar kepada rakyat yang menyebabkan sektor pekerjaan terpaksa di tutup. 


Selain itu , rakyat juga terkesan yang mana hilang sumber pendapatan akikat pandemik Covid-19 serta perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung wabak penyakit terus merebak.

Oleh itu. kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelbagai inisaitf yang akan memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia. Bantuan ini akan dilaksanakan pada Ogos 2021 untuk membantu rakyat dalam meneruskan kelangsungan hidup.

SENARAI BANTUAN KERAJAAN YANG DILAKSANAKAN PADA OGOS

1. Bantuan Khas Covid-19  (BKC)

Bantuan ini akan disalurkan kepada semua golongan miskin tegar , B40 dan M40 dengan pembayaran secara berperingkat

Miskin Tegar

  • Isi Rumah : RM1300
  • Bujang : RM500
Kategori B40
  • Isi Rumah :RM800
  • Bujang : RM200
Kategori M40
  • Isi Rumah : RM250
  • Bujang : RM100
2. Pengeluaran i-Citra KWSP
i-Citra adalah merupakan salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk memudahkan kepada pencarum dalam membuat pengeluaran wang KWSP mereka. Ahli KWSP yang telah membuat permohonan pada Julai lepas akan menerima pembayaran RM1000 pada bulan pertama.
3.  Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0
Pembayaran GKP 4.0 akan dilaksnakan pada bulan september dan oktober dengan kadar bayaran sebanyak RM1000.
4. Bantuan Warga Emas
Bantuan warga emas adalah mel;alui JKM yang mana khas untuk orang warga emas yang berumur 60 tahunh dan ke atas. Kadar bayaran yang akan diberikan adalah sebanyak RM500 sebulan.
5. Program Prihatin Kasih 
Bantuan ini merupakan bantuan barangan makanan asas yang lebih 300 rantaian kedai dan pasaraya dengan hanya menggunakan IC . Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM100 sebulan selama 3 bulan.
6. Bakul Prihatin Negara 
Bantuan bakul prihatin negara adalah terbuka kepada rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Bantuan bakul prihatin negara adalah berbentuk makanan yang akan disalurkan.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Buat masa kini , terdapat banyak jenis inisiatif yang akan dilaksanakan oleh kerajaan kepada rakyat yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik Covid-9 serta perlaksanaan Peirntah Kawalan Pergerakan (PKP).

14 Comments

  1. Mat B40 August 16, 2021 at 5:07 pm

    Ketidakadilan dlm perlaksanaan BKC & BPN ialah status Bapa tunggal/Duda disamakan dgn status bujang yg belum berkahwin.
    Sedangkan ramai Bapa tunggal/Duda yg menanggung Nafkah anak2 dibawah jagaan bekas isteri.
    Apalah sangat dgn RM100 dlm keadaan ekonomi tenat dimana mereka juga tiada pendapatan tetap utk menyara diri sndiri.
    Diharapkan pihak LHDN & yg berkaitan dpt melakukan kajiselidik agar kesilapan ini perlu diatasi demi keharmonian rakyat B40.
    T.kasih

    Reply
  2. Unknown August 18, 2021 at 11:20 am

    Bkc bila nak masuk nie

    Reply
  3. Unknown August 18, 2021 at 11:40 am

    Setuju…tu sy setuju sgt2……sama jgk dgn sy….sy bujang duda…bukan bujang yh xpernah kahwin…..mnta Lhdn dan pihak berwajib dapat buat semakan dgn betul…..

    Reply
  4. Ranger77 August 18, 2021 at 12:40 pm

    Bila tarikh akan diumumkan.

    Reply
  5. Unknown August 18, 2021 at 2:59 pm

    Kenapa saya belum lagi masuk bkc…

    Reply
  6. Unknown August 19, 2021 at 2:42 am

    Bujang ade masuk duit ke

    Reply
  7. Madznal August 19, 2021 at 3:27 am

    Saya pun belum ada masuk lagi ni bkc…bila la ni masuk

    Reply
  8. lyynaaa August 19, 2021 at 7:31 am

    hm , rayuan bpr buat mase bulan 6 gitu tahu2 da bulan 8 pon still tak ada apa kelulusan atau perkembangan .. lagi da tukar Kepala lagi la berterabur segala bantuan kerajaan

    Reply
  9. Mat B40 August 19, 2021 at 8:02 am

    Tau tak pe..lagi plak buat keje dari rmh..tu alasan paling reasonable..ramai mengeluh call x berjawab smpi abis kredit..
    Benar apa dikata..kadang2 ianya hnya kosmetik sbgai hiasan media..santapan telinga enak didengar…sedangkan rkyat dh spt pengemis dibuatnya..
    Biarlah..didunia bolehlh terlepas tapi tggu alam abadi bila mati nnti..

    Reply
  10. Baya12 August 19, 2021 at 1:11 pm

    ya.. sama jgk dgn sy

    Reply
  11. Unknown August 20, 2021 at 2:19 pm

    Assalamualaikum nk brtnya bila dapat bantuan rm 500 tu ya

    Reply
  12. Unknown August 23, 2021 at 12:21 pm

    Lagi la sedih bila orang yg sepatutnya menerima bantuan tidak lulus .kemaskini pula harus pergi ke pejabat LHDN sedangkan semua slot penuh.Sudah la susah di tambah susah nya lagi.saya setuju sangat dengan kenyataan saudara sebab saya salah seorang bapa tunggal yang menyara anak sendiri.

    Reply
  13. Mat B40 August 24, 2021 at 4:50 pm

    Ya..Benar tu.Adakah kerajaan baharu serta pihak yg berkenaan sudi pertimbang & perihatin suara Marhaen spt kami semua…Golongan 5 series yg sgt terjejas pendapatan ketika gawat skrg ini..???
    Kami adalah golongan yg sudah letih dgn karenah birokrasi shingga membuat kami spt tlh putus asa dlm mengemis bantuan yg dijanjikan…
    Kami bukan orang berada..boleh check potongan kwsp yg sudah lama terhenti..
    Boleh check berapa baki kwsp kami…
    Kami benar2 sedih & kecewa bilamana kami bagaikan dipinggir utk mengecap bantuan yg ditabur..Malangnya warganegara spt saya yg berusia 54 tahun seolah dinafikan utk menerima bantuan yg wajar & sepatutnya…
    Wahai YB2 sklian…hayatilah rintihan kami..rakyat yg sekian lama menunaikan tanggungjawab menyokong kalian ketika pilihanraya..!!!

    Reply
  14. Unknown August 28, 2021 at 1:02 pm

    Btl2 sama nasib mcm sya,skng apa bantuan pun xdpt senang kn sya kena byr sewa rumh,ank 4 org kecil lg susu penpes mkn lg,blaccll tnya sya perlukn bantu ckp kenq tngu tahun depan agk2 lh.skng tawakal sja insyaallah allah sentiasa ada umat2 nya.

    Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *