Permohonan Pengeluaran I-Citra Sebanyak RM5000 Kini Dibuka


 

Pihak Kumpulan Wang Simpanana Pekerja (KWSP) telah membuat penguguman sekiranya mana-mana pencarum yang berusia 55 tahun dan ke bawah untuk mengeluarkan wang melalui i-Citra boleh membuat permohonan bermula hari ini.


Untuk makluman semua , permohonan i-Citra ini dibuka 3 hari awal sebelum tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 15 Julai 2021. Pihak menasihatkan agar pencaru untuk meletakkan nombor yang sama seperti rekod KWSP bagi urusan penerimaan One Time Password (OTP) semasa ingin membuat permohonan.

Tambahan pula , pencarum dinasihatkan untuk meletakkan nombor akaun bank yang aktif untuk bagi memudahkan pengurusan pembayaran selama 5 bulan nanti.

“I-Citra ini diperkenalkan adalah untuk membolehkan ahli KWSP  membuat pengeluaran wang sebanyak RM5000 daripada simpanana akaun 1 dan 2 ” kata Pihak KWSP dalam satu kenyataan rasmi.

KWSP juga telah menyatakan bahawa sekiranya pencarum lulus dalam permohonan maka pembayaran akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2021.
Jumlah yang boleh dikeluarkan adalah sebanyak RM5000 dan seperti biasa , pembayaran ini akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu selama 5 bulan.
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkenaan i-Citra , anda boleh terus layari laman web rasmi www.kwsp.gov.my atau hubungi di talian hotline 03-8922 4848.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *