Cara Membuat Permohonan I-Citra Dengan Lebih Mudah Bagi Pekerja Yang Hilang Pekerjaan & Sedang Bekerja Layak Memohon

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra telah diperkenalkan bagi memudahkan pencarum untuk membuat permohonan kerana situasi yang sekarang sangat memberi kesan kepada rakyat. Semalam, KWSP telah  mengemukakan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan skim pengeluaran ini.


Syarat kelayakan yang boleh membuat permohonan ialah pencarum berumur 55 tahun ke
bawah. Ia termasuk bagi bukan warganegara dan pemastautin tetap.

Selain itu, pemohon perlulah mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan dibuat.

Antara ciri keunikan i-Citra ialah pekerja dari sektor perkhidmatan
awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen juga boleh memohon.
Bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko
menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000 di mana bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.

Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.

Bayaran i-Citra akan menggunakan simpanan dalan akaun 2 dan sekiranya tidak mencukupi, simpanan daripada Akaun 1 akan digunakan.

Bagi yang memiliki baki akaun yang kurang, bayaran minimum
adalah sebanyak RM50 dan ia perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya
RM100 dalam Akaun 1.

Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli
pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang
akan datang jika ada.

Anda boleh mengemukakan permohonan i-Citra mulai 15 Julai 2021
hingga 30 September 2021 secara dalam talian melalui portal
icitra.kwsp.gov.my.

2 Comments

  1. Unknown July 7, 2021 at 11:20 pm

    Publish cara membuat permohonan, tapi bila di baca kandungan ada syarat permohonan.

    Reply
  2. Unknown July 20, 2021 at 6:11 pm

    sy blm daftr i.citra lgi.sbb masalh no hpon yg lama dh hilang.skarng sy pkai no baru.adakh layak sy mmohon guna no hpon baru.trim kash

    Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *