Bantuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Ditambah Baik Bagi Golongan B40 Kategori Bujang & Isi Rumah Sehingga RM500


 

Program PEMERKASA telah ditambah baik sehingga RM500 bagi golongan b40 mengikut kategori yang telah ditetapkan. Bantuan untuk PKP 3.0 telahpun diumumkan oleh perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media secara langsung di channel TV3 baru-baru sahaja. 


Untuk pengetahuan anda semua , ramai rakyat yang akan mengalami masalah kewangan khususnya bagi golongan B40 akibat PKP 3.0 yang akan dilaksanakan bermula 1 – 14 Jun 2021. Oleh  itu , Perdana Menteri telah membuat keputusan untuk dalam memberikan bantuan kepada rakyat yang bertujuan untuk meringankan kehidupan seharian. 

ANTARA BPR DITAMBAH BAIK : 

  • Kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah : Tambahan RM500 
  • Kategori isi rumah berpendapatan RM2,501-RM5,000 : Tambahan RM300
  • Kategori Bujang :Tambahan  RM100

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *