Cara Membuat Permohonan Bantuan Program PenjanaKerjaya RM200 Untuk Majikan & RM600 Untuk Pekerja


 

Program PenjanaGig ini adalah merupakan salah satu kelangsungan daripada inisiatif pengambilan pekerja serta program latihan daripada program penjanakerjaya 2.0 khususnya merujuk kepada individu yang mempunyai pekerjaan dengan jangka masa yang pendek. 

Program PenjanaKerjaya 2.0 ini dilaksanakan untuk membantu golongan belia yang tidak mempunyai pekerjaan untuk mencari pengalaman dalam dunia pekerjaan melalui on-the-job training.

PERKESO juga merupakan satu agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan program ini dengan lancar. Hal ini selaras dengan penguguman PEMERKASA yang telah di bentangkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.


OBJEKTIF PERLAKSANAAN PROGRAM KERJAYAGIG

  • Dapat meningkatkan skp insentif  pengambilan pekerja di bawah program penjana kerjaya 2.0 terhadap individu yang telah kehilangan pekerjaan serta menjadi pengangguran. 
  • Memindahkan semula tenaga kerja yang setelah lama tidak diguunakan sepenuhnya serta sedang bercuti tanpa diberikan gaji kepada pekerjaan sementara atau kerjaya GIG. 
  • Dapat menggalakkan individu yang terlibat untuk mengambil peluang pekerjaan melalui pekerjaan tidak formal ataupun kerjaya ekonomi gig. 

KADAR INSETIF BANTUAN

  • Bermula 17 March 2021
  • RM200 bagi penyedia perkhidmatan gig yang telah berdaftar di bawah PERKESO
  • Termasuklah organisasi , platform serta pertubuhan yang menyediakan penempatan pekerjaan sementara atau gig
  • RM600 untuk individu yang diambil bekerja untuk sendiri / gig sehingga 6 bulan.

TATACARA MEMBUAT PERMOHONAN

  • Pertama sekali , perkara ini melibatkan dengan pengiklanan jawatan kosong  www.futurejobs.gov.my
  • Perlu sentiasa memastikan pemilihan jenis kontrak di bawah bekerja sendiri; 
  • Mengambil pekerja untuk bekerja sendiri 
  • Menghantar permohonan Kerjayagig melalui soistem PenjanaKerjaya penjanakerjaya.perkeso.gov.my
  • Proses kelulusan akan dimaklumkan melalui emel kepada pekerja 
  • Majikan akan menerima bayaran dalam masa 30 hari

SIAPAKAH LAYAK UNTUK MEMOHON?

Untuk pengetahuan anda semua , perkara ini layak bagi individu yang bekerja sendiri ataupun gig daripada kategori berikut yang berkelayakan di bawah KerjayaGig. 

  • Pekerja yang telah berdaftar dengan PERKESO telah diberhentikan bekerja
  • Pekerja yang telah berdaftar dengan PERKESO telah menerima cuti tanpa diberikan gaji
  • Pencari kerja terdiri daripada golongan rentan, seperti pencari kerja yang sudah berdaftar dengan sistem e-kasih. 

TEMPOH MEMBUAT PERMOHONAN 

  • Bermula 1 April – 30 Jun 2021 

ORANG BEKERJA SENDIRI (OBS) 

  • OBS akan menerima emel sekiranya permohonan operator telah diluluskan
  • OBS akan menerima pembayaran pertama selepas sahaja membuat pengesahan
  • Bagi yang menerima pembayaran untuk bulan dua sehingga bulan keenam , OBS mestilah Log Aktiviti Gig di PenjanaKerjaya 2.0 (mulai bulan kedua)
  • OBS perlu membuat penghantar permohonan secara bulanan di sistem PenjanaKerjaya penjanakerjaya.perkeso.gov.my

SOALAN LAZIM 

MAKLUMAT LEBIH LANJUT 

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan ,anda boleh terus menghubungi : 

  • 1 300 22 8000
  • penjanakerjaya@perkeso.gov.my
  • www.perkeso.gov.my

1 Comment

  1. Swasta May 29, 2021 at 9:56 am

    Kerja sendiri

    Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *