Permohonan Baharu Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 Bermula Pada 1 April 2021

    Ramai di kalangan perusahaan kecil & sederhana mikro masih bingung berkenaan GKP ini. Ada yang menganggap bantuan GKP ini adalah bantuan yang terlebih kepada bantuan BPN dan BPR . Tetapi hakikatnya tidak sama sekali .  


Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) adalah merupakan salah satu bantuan yang akan dibayar secara “one-off” kepada Perushaan Kecil & Sederhana (PKS) Mikro yang berkelayakan untuk meringankan beban kewangan kepada golongan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro untuk meningkatkan dari segi produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan. 

Seperi yang sedia maklum anda semua , bantuan GKP 1.0 & 2.0 telah pun dilaksanakan pada tahun lepas. 

KADAR BANTUAN 

Kadar bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM1,000 yang akan di bayar secara “one-off

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan : 

  • Warganegara Malaysia
  • Permohonan yang baru 
  • Bukan penerima GKP1.0 , GKP2.0 serta GKP Rayuan
  • Masih aktif dalam menjalankan perniagaan 
  • Mempunyai jumlah perolehan tahunan kurang daripada RM300,000 dalam menjalankan perniagaan 
  • Perlu berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 
  • Semakan silang data dengan yang telah dilantik oleh pihak MOF 


TARIKH PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) 3.0

Permohonan baharu untuk Geran Khas Prihatin (GKP) 3.O akan dilaksanakan bermula 1 April 2021

CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN 

  • Permohonan bantuan GKP 3.0 ini boleh dilakukan melalui laman web portal rasmi di  https://gkp.hasil.gov.my/  
  • Manakala permohonan untuk manual tidak dibuka

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *