Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ~ Permohonan Bantuan Kanak-Kanak


 

Untuk makluman anda semua , dalam bagi membantu untuk golongan yang kurang mampu dalam meneruskan kehidupan harian serta termasuk golongan B40. Seperti sedia maklum, terdapat pelbagai jenis bantuan yang diberikan oleh kerajaan akibat pandemik Covid-19 yang telah menimpa di negara kita sehingga masyarakat di negara kita banyak yang hilang pekerjaan serta hilang sumber pendapatan bagi perniagaan kecil. 

Skim bantuan kewangan yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah untuk khususnya golongan yang kurang berkemampuan dalam meneruskan kehidupan seharian. 


KADAR JUMLAH BAGI BANTUAN LAMA 

  • Bagi seorang anak maksimum sebanyak RM100
  • Bagi yang mempunyai melebihi 4 orang anak maksimum sebanyak RM450

JUMLAH BAGI BANTUAN BAHARU BERMULA 2021

  • Kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 seorang.
  • Kanak-kanak yang berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 seorang.
  • Maksimum sebanyak RM1,000 bagi sekeluarga untuk sebulan

SYARAT KELAYAKAN BAGI BANTUAN KANAK-KANAK

  • Warganegara serta menetap di Malaysia
  • Keluarga ataupun penjaga yang telah memberi jagaan kanak-kanak yang mempunyai isi pendapat rumah yang tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa ataupun PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ;
  • Sekiranya ada kes bekeperluan , layak untuk dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Anda boleh memohon sama ada melalui online ataupun manual.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN SECARA ONLINE

  1. Layari laman web rasmi JKM http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  2. Seterusnya sila klik pada pautan Daftar Permohonan Atas Talian
  3. Sila pilih negeri dan masukkan nombor Kad Pengenalan 
  4. Tekan butang daftar
  5. Isikan makluman sekiranya ada berkenaan
  6. Sila hadirkan diri ke mana-mana pejabat JKM mengikut daerah yang di mohon oleh pemohon dalam tempoh tempoh 14 hari selepas hari dari permohonan dibuat atas talian . Kegagalan berbuat sedemikian sistem akan membatalkan permohonan secara tersebut automatik.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN SECARA MANUAL

1. Bagi yang ingin membuat permohonan secara manual , anda boleh pergi ke mana-mana Pejabat JKM untuk mengambil borang. 

2. Borang Permohonan Bantuan JKM 

    DOKUMEN SOKONGAN 

    Untuk memudahkan segala urusan pihak pentadbiran , permhohon digalakkan untuk membawa segala dokumen sokongan yang diperlukan 

    • Salinan Kad Pengenalan /Mykid
    • Salinan Kad Pengenalan /Mykid bagi ahli keluarga yang tinggal bersama
    • Salinan Kad OKU / Slip Pendaftaran OKU (Jika kategori OKU)
    • Salinan penyata pendapatan / surat akuan sendiri (Jika bekerja sendiri)
    • Satu bil utiliti ( elektrik / air / astro / telefon ) 
    • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kerajaan swasta / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

    MAKLUMAT LEBIH LANJUT

    Sekiranaya anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut berkenaan bantuan kanak-kanak , SIla hubungi pihak JKM negeri atau ibu pejabat melalui  nombor telefon , Anada boleh terus menghubungi di 03-8000 8000

    Leave A Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *