Bantuan Kredit E-Wallet Akan Dinaikkan Daripada RM100 Ke RM150


 

Semasa pembentangan pelan PEMERKASA yang telah diadakan pada yang lalu , Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengatakan bahawa bantuan kredit e-wallet yang mana akan dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 bagi yang layak. 

Untuk pengetahuan anda semua , perkara ini telah pun dinaikkan untuk kali kedua selepas penambahan RM50 kepada RM100 pada bulan januar 2021 yang lalu. Bantuan kredit e-Wallet ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 Juta untuk belia di seluruh Malaysia. Pemberian bantuan kredit e-wallet mempunyai di dalam strategi 4: Mengutamakan Agenda Keterangkuman , Langkah 6: Pembangunan Sukan serta Belia. 


SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KREDIT E-WALLET 

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan: 

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun serta tidak melebihi 20 tahun 
  • Merupakan pelajar IPTA serta IPTS yang layak tanpa mengira umur 
  • Mempunyai salah satu aplikasi perkhidmatan untuk membuat tebusan seperti Boost, Touch n Go dan Grab Pay. 

TATACARA MEMBUAT PERMOHONAN KREDIT E-WALLET

  • Tiada sebarang permohonan bersurat ataupun pergi ke mana-mana pejabat kerajaan diperlukan.
  • Bantuan ini akan diberikan sekiranya anda membuat memuat naik salah satu aplikasi daripada tiga aplikasi yang ditetapkan seperti Boost , Touch n Go dan Grab Pay. 
  • Seterusnya , anda perlu daftarkan akaun anda ataupun verifikasi akaun anda dengan menggunakan kad pengenalan.
Bantuan ini hanya akan diberikan kepada belia yang layak untuk menerima bantuan kredit e-wallet. Sekiranya anda layak , anda boleh verifikasi akaun anda untuk membuat tebusan dan bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun e-Wallet anda. Tetapi tiada tarikh rasmi yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan buat masa ini. 

5 Comments

  1. Anonymous April 5, 2021 at 2:47 pm

    Habis kami yg tua2 ni tak dapat kah..ini tak adil..kmi pun perlukan data untuk tau info2 untuk kemaskini…ni ic anak2 pun belum buat

    Reply
  2. Unknown April 7, 2021 at 3:36 pm

    Kami umur atas 20 tahun ni pun perlukan data untuk mengetahui info terkini dan perlukan bantuan ewallet juga untuk menambah perbelanjaan dirumah.belanja tambahan sementara menunggu gaji hujung bulan.

    Reply
  3. Unknown April 8, 2021 at 3:15 am

    oi bila masuknya seratus kali inform tp nda msukĀ²

    Reply
  4. nurul May 31, 2021 at 4:38 pm

    hm klu bukan pelajar ipt x dpt ke ?

    Reply
  5. Unknown June 1, 2021 at 8:45 am

    Laaa,bagilah ewallet kepada semua rakyat macam sebelum ini…dulu 50…sekarang up 100 pun ok .. atleast boleh cover MCO 3.0 ni

    Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *