Program PenjanaKerjaya 2.0 ~ Bantuan Diberikan Kepada Golongan Belia Sebanyak RM1,000 Yang Berumur 18 – 30 Tahun

Untuk makluman bagi anda semua , bermula sahaja pada tanggal 1 Januari 2021 bagi setiap majikan yang telah mempunyai pekerja bagi golongan belia yang sudah berumur 18 – 30 tahun layak untuk membuat permohonan insetif dengan jumlah sebanyak RM1,000 melalui Program Perantisan di bawah Program PenjanaKerjaya 2.0.

Sehubungan dengan itu , insetif ini juga dapat memberikan sedikit peluang kepada golongan yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap mahupun masih menganggur dalam meningkatkan ilmu kemahiran melalui on-the-job-training. 

Seterusnya kami akan mengongsikan info yang lebih mendalam mengenai Program PenjanaKerjaya 2.0 melalui di bawah ini .


MAKSUD PROGRAM PENJANAKERJAYA 2.0?

Program PenjayaKerjaya 2.0 ini adalah merupakan satu program yang telah dipertanggungjawakan kepada pihak Kementerian Sumber Manusia ataupun PERKESO untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang pekerjaan bagi jangka masa yang pendek sepenuh masa tempoh masa 3 bulan bagi golongan belia yang tidak mempunyai kerja tetap ataupun yang tidak masih menganggur.

TUJUAN PENJANAKERJAYA 2.0

Tujuan Program PenjanaKerjaya 2.0 ini ditubuhkan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang pekerjaan menerusi latihan on-the-job-training . 

BANTUAN PROGRAM PERANTISAN

Bantuan yang bakal diterima oleh majikan : 

  • Bayaran RM1,000 akan diberikan kepada majikan yang mempunyai lepasan sekolah ataupun graduan bagi Program Perantis
  • Tempoh bayaran adalah selama 3 bulan serta perlu mengikut perkhidmatan selama 3 bulan
  • Pekerja juga layak untuk mendapatkan elaun kesediaan / insetif 
  • Gaji & elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 untuk setiap bulan
  • Majikan hanya diberikan 1 peluang sahaja dalam mendaftarkan satu kursus latihan bagi perantis dengan kos maksimum RM4,000

SYARAT KELAYAKAN PRGORAM PENAJANKERJAYA 2.0

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan memasiku Program PenjanaKerjaya 2.0 : 

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan belia yang lepasan sekolah / graduan bagi berumur 18 – 30 tahun 
  • Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap 
  • Belia yang pernah mengikuti Program Perantisan yang telah berdaftar di mana-mana jenis syarikat serta badan yang berkanun

TARIKH UNTUK PERMOHONAN PROGRAM PENAJANAKERJAYA 2.0

  • 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021 

CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN 

Bagi majikan yang berminat sahaja boleh membuat permohonan dengan secara atas talian melalui laman web https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php 

Bagi golongan belia yang ingin menyertai Program Perantisan PenjanaKerjaya 2.0 , anda boleh terus mendaftarkan diri sebagai pengguna dan isi setiap maklumat bagi membuat program menerusi program yang ditawarkan melalui portal MYFutureJobs 

MAKLUMAT & PERTANYAAN LEBIH LANJUT

Untuk mengetahui sebarang info lebih lanjut , klik DISINI

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *