Pembayaran BPR Bagi Fasa 1 Bermula Pada Hujung Bulan Februari 2021

 Untuk pengetahuan anda semua , disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah laksanakan pada 13 Januari 2021 yang lalu , Kementerian Kewangan iaitu Tengku Zafrul ada mengatakan bahawa tarikh bagi pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat akan diubah.


PEMBAYARAN BPR BAGI FASA 1 

Melalui Menteri Kewangan iaitu Tengku Zafrul ada mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa pembayaran BPR bagi fasa 1 yang telah dijadualkan pada April/mei 2021 akan dipercepatkan pembayaran pada 

  • Hujung Bulan Februari 2021
Buat masa kini , belum ada lagi tarikh rasmi yang telah dikeluarkan oleh mana-mana kementerian mengenai jadual pembayaran BPR bagi fasa 1 hujung bulan februari 2021 ini. 

SEMAKAN BAGI KELULUSAN BPR 

Bagi permohonan baharu BPR , untuk makluman anda semua belum ada lagi dibuat untuk masa ini . Berkemungkinan besar akan diumumkan seminggu sebelum tarikh pembayaran rasmi BPR.

SEMAKAN BAGI STATUS PERMOHONAN YANG DITERIMA

Sila buat semakan status permohonan anda sama ada diterima mahupun tidak diterima :

  1. Layari portal rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Log masuk menggunakan ID Pengguna atau No Mykad berserta Kata Laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Jika sistem telah menerima permohonan anda, status ‘Permohonan Diterima‘ akan dipaparkan.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *